Tuesday, December 10, 2019
Wednesday, December 4, 2019
Monday, April 29, 2019
PENSYARAH JKM RANGKUL EMAS
Sekalung tahniah diucapkan kepada pensyarah JKM yang telah merangkul pingat emas di International Festival Of Innovation On Green Technology 2019 yang telah berlangsung pada 19-21 April di Kompleks Sukan UMP Gambang. PMS merangkul Top 5 Gold Award (Academician Category) antara 300 penyertaan Peringkat Kebangsaan & Peringkat Antarabangsa iaitu German, INdonesia, India dan Sri Lanka.
Thursday, April 11, 2019
Monday, April 8, 2019
Sunday, March 24, 2019
iCOMPEX'17
Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) telah berjaya memperoleh tiga Pingat Emas bagi projek iCar Lock, iHomestay dan Light LED Controller LiLeC dalam Natioanal Innovation and Inventioan Competition Through Exhibition 2017 (iCOMPEX'17) bertempat di POLIMAS, Kedah.
Pelajar Jabatan Rekabentuk, Komunikasi & Visual (JRKV) telah berjaya memperolehi tiga Pingat Perak bagi projek Vege Plating Seeds, Organic Mushroom Box dan DIY Batik dalam National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017 (iCOMPEX'17) di tempat yang sama.
Wednesday, March 6, 2019
Wednesday, January 9, 2019
EKSPO INOVASI DAN AKADEMIK PMS (EIDA)
Kalau dahulunya Hari Q atau Hari Kualiti mahupun Hari Inovasi menjadi medan perkongsian ilmu penyelidikan, kini Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) mula mendapat perhatian warga PMS untuk sama-sama mengenengahkan inovasi-inovasi ataupun penyelidikan mahupun kajian-kajian baru khususnya kepada para pelajar dan kakitangan.
Program yang berlangsung selama sehari itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
a) Inovasi Produk - menghasilkan produk baru seperti mesin dan pelbagai alatan
b) Inovasi Penyelidikan - menjalankan kajian menyeluruh tentang sesuatu tajuk
c) Inovasi Teknologi - membangunkan sistem, perisian dan teknologi.
Hadir bersama dalam majlis penutup Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) pada kali ini ialah Pn. Norlida Binti Abd. Razak, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan agar apa jua bentuk hasil ciptaan para pelajar mahupun pensyarah haruslah berusaha agar produk mereka dapat dipatenkan. Ianya bagi mengelakkan idea dan produk yang diusahakan itu tidak ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Subscribe to:
Posts (Atom)