Kalau dahulunya Hari Q atau Hari Kualiti mahupun Hari Inovasi menjadi medan perkongsian ilmu penyelidikan, kini Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) mula mendapat perhatian warga PMS untuk sama-sama mengenengahkan inovasi-inovasi ataupun penyelidikan mahupun kajian-kajian baru khususnya kepada para pelajar dan kakitangan.
Program yang berlangsung selama sehari itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
a) Inovasi Produk - menghasilkan produk baru seperti mesin dan pelbagai alatan
b) Inovasi Penyelidikan - menjalankan kajian menyeluruh tentang sesuatu tajuk
c) Inovasi Teknologi - membangunkan sistem, perisian dan teknologi.
Hadir bersama dalam majlis penutup Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) pada kali ini ialah Pn. Norlida Binti Abd. Razak, Pengarah Politeknik Muadzam Shah. Dalam ucapannya, beliau menasihatkan agar apa jua bentuk hasil ciptaan para pelajar mahupun pensyarah haruslah berusaha agar produk mereka dapat dipatenkan. Ianya bagi mengelakkan idea dan produk yang diusahakan itu tidak ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment